This page is a translated version of the page 2024:Wikimania and the translation is 100% complete.
⧫ Kerjasama Terbuka ⧫
Setiap tahun, ratusan Wikimediawan akan berhimpun bagi meraikan ilmu bebas di persidangan antarabangsa tahunan Wikimania. Edisi ke-19 Wikimania akan diadakan di Katowice, Poland daripada 7-10 Ogos, dianjur secara bersama oleh para Wikimediawan rantau Eropah Tengah dan Timur dan Yayasan Wikimedia. Para penggerak dan penghulu gerakan pengetahuan bebas seluruh dunia akan berkumpul untuk membincang isu, melaporkan projek dan pendekatan baharu, membina rangkaian, serta saling bertukar idea.

Pendaftaran

Pendaftaran kini dibuka.

Wikimania Katowice akan dianjur secara bersemuka serta dalam talian. Harga pendaftaran penyertaan bersemuka disubsidi Yayasan Wikimedia dan hanya berharga USD $100. Majlis maya akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Wikimedia dan dibuka secara percuma.

Baca selanjutnya Daftar

Biasiswa

Proses biasiswa telah selesai, dengan 252 biasiswa penuh dan separa dihadiahkan kepada individu dan 19 ruang bagi pusat dan kumpulan serantau.

Baca selanjutnya

Pertemuan & kegiatan lain

Para peserta dijemput untuk menganjur dan menyertai pertemuan kumpulan masyarakat. Beberapa pilihan untuk lawatan dan acara sampingan turut tersedia.

Pertemuan Lawatan & Acara Sampingan

Tentang Wikimania

Wikimania ialah persidangan tahunan bagi meraikan kesemua projek pengetahuan bebas Yayasan WikimediaCommons Wikimedia Commons, MediaWiki MediaWiki, Meta-Wiki Meta-Wiki, Wikibooks Wikibooks, Wikidata Wikidata, Wikifunctions Wikifunctions, Wikinews Wikinews, Wikipedia Wikipedia, Wikiquote Wikiquote, Wikisource Wikisource, Wikispecies Wikispecies, Wikiversity Wikiversity, Wikivoyage Wikivoyage, dan Wiktionary Wiktionary – yang akan berlangsung selama beberapa hari dipenuhi perbincangan, perjumpaan, latihan dan bengkel. Ratusan sukarelawan dan pemimpin pengetahuan bebas seluruh dunia akan berkumpul untuk membincang beberapa isu, melaporkan tentang projek dan pendekatan baharu, serta saling bertukar idea.

Rakan Acara


Terjemahan laman ini