This page is a translated version of the page 2024:Designs and the translation is 100% complete.
⧫ Kerjasama Terbuka ⧫

Di sini anda boleh mendapati reka bentuk dan aset grafik yang direka untuk Wikimania 2024. Semuanya juga tersedia di Commons. Gunakannya semua dengan bebas!

Tera kata

Tera kata Wikimania tersedia dalam beberapa variasi warna, dengan latar belakang lut sinar dan legap. Sila gunakan mana-mana yang sesuai bagi kegunaan anda.

Templat persembahan

Adakah anda berancang untuk berucap, membuat persembahan atau perbincangan sepanjang Wikimania dan memerlukan templat slaid berjenama acara? Kami telah sediakan templat persembahan dalam format Google Slides. Cipta salinan (Tekan Fail ► Buat salinan ► Seluruh persembahan) atau format dokumen terbuka. Sesuaikan kandungannya mengikut keperluan anda.

Lukisan =

Kami telah menyediakan beberapa aset grafik bertemakan rantau CEE yang telah direka khas oleh kasia Ostrowska (bazgra_nina). Sila gunakannya dengan bebas ketika menyampaikan apa-apa pesanan atau untuk menandakan anda terlibat sekali dalam Wikimania!

GIF

Latar video

Logo bunyi Wikimedia

 

Ingin mereka video berkaitan Wikimania 2024? Masukkanlah logo bunyi Wikimedia sekali! Inilah cara baharu untuk mengenali Wikimedia dalam bentuk audio dan video dan boleh digunakan secara bebas, tertakluk kepada lesen Creative Commonsnya. Baca lebih lanjut tentang penggunaan logo bunyi.