This page is a translated version of the page 2023:Travel and the translation is 99% complete.


16–19 Ogos 2023, Singapura dan Dalam Talian
Kepelbagaian. Kerjasama. Masa Depan.

Gambaran keseluruhan

Persidangan akan diadakan di Singapura, salah satu bandar global utama yang berhampiran dengan khatulistiwa. Ia cerah dan lembap sepanjang tahun, dengan suhu dari 30-32 C (86-90 F) pada siang hari. Hujan pada bulan Ogos adalah perkara biasa, jadi disyorkan untuk membawa pakaian ringan dan payung.

Tempat acara

Lihat lebih lanjut mengenai tempat

Acara akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Singapura Suntec di pusat bandar raya Singapura. Ia termasuk prapersidangan, penggodaman, majlis pembukaan/resepsi (makan malam), persidangan utama, dan majlis penutupan (penyerahan).
Lokasi tepat: 1° 17' 34.21"N, 103° 51' 24.76"E.

Terdapat juga aktiviti acara sampingan pra-konferens pada 15 Ogos di "'Google Asia Pasifik Office"' di Pasir Panjang, Singapura.

Majlis penutupan akan dilakukan di Taman Di Persisiran.

Tempat untuk selepas persidangan akan diadakan di "' Perpustakaan Negara Singapura". pendaftaran berasingan diperlukan.


360 View of Rooms : 307 | 308 | 309 | 310 | 311 | 324 | 325 | 326



Masuk ke Singapura

Sila lihat bahagian e-Visa untuk maklumat lanjut tentang syarat masuk ke Singapura.


Ubat Peribadi

Sila guna perkhidmatan dalam talian untuk memeriksa status sebarang ubat yang mungkin perlu dibawa. Beberapa ubat mungkin perlu anda memohon prakelulusan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum ketibaan, yang lain boleh dilarang. lihat: Alat semak ubat

Periksa setiap ubat mengikut nama sebatian/umum. Contohnya, Paracetamol berbanding nama runcitnya Panadol/Panamax, anda mungkin ditanya untuk ukuran atau kapsul 500mg untuk contoh ini. Apabila anda melalui setiap ubat, laman tersebut menjejak carian dan mengeluarkan PDF yang anda boleh simpan yang mennyenaraikan setiap dengannya yang diluluskan sebelum dan bagi yang memerlukan kelulusan.

Ubat yang memerlukan kelulusan khusus

Jika anda ada ubat yang memerlukan kelulusan khusus, anda pergi ke laman ini https://www.hsa.gov.sg/personal-medication/apply-approval di sini dan isi beberapa borang yang memerlukan butiran perjalanan anda. Ia menanyakan nombor pasport, butiran ketibaan dan tempoh singgah. Ia akan menjana PDF permohonan dan anda perlu memberi gambar sama ada skrip daripada doktor anda atau label ahli farmasi yang menunjukkan dos dan nama anda.

Laman tersebut menanyakan anda membenarkan 10 hari balasan. Sila buat ini sekitar 14-21 hari sebelum berlepas untuk membenarkan pemprosesan, permohonan saya mengambil masa 3 hari. Jika ditolak, bincang dengan doktor anda dan lihat jika ada pilihan lain yang mereka akan terima.

Apabila diluluskan, anda akan menerima e-mel yang anda mesti keluarkan apabila melalui Kastam di Singapura.

Tentang Singapura

Wikilayar mempunyai panduan perjalanaan yang terperinci tentang Singapura. Untuk memahami mendalam tentang negara ini, anda boleh rujuk rencana ini di Wikipedia.

Fakta ringkas tentang Singapura
Demonim Orang Singapura
Zon waktu UTC+8

Tukar 9 pagi Singapura ke zon waktu anda

Matahari terbit / terbenam 07:00 / 19:15 (semasa persidangan)
Bahasa rasmi
Agama utama
Mata wang Dolar Singapura (SGD / $)

AS$ 1.00 = SGD$ 1.35

setakat 12 August 2023 (periksa kadar pertukaran terkini)

Iklim
  • Iklim hutan hujan tropika sepanjang tahun
  • Purata hujan: 146.9 mm/bulan
  • Kelembapan Relatif: 80.7%
  • Purata Tinggi: 31.6 °C
  • Purata Min: 28.1 °C
  • Purata Rendah: 25.3 °C
Jenis palam Jenis G (British)

Utama: 230 V / 50 Hz

Haluan memandu Memandu di sebelah kiri
Kod negara +65
Lapangan terbang
Jumlah penduduk 5,637,000 (anggaran 2022)

Kepadatan: 7,804/km2 (2022)

Jumlah luas tanah 733.1 km2
E-panggilan / tumpang kereta Gojek, Grab, Ryde, Tada, Zig
Mudah alih / internet utama
  • Singtel
  • Starhub
  • M1
  • Simba (dahulu TPG)
Nombor dail kecemasan
  • 995 (ambulans & kecemasan kebakaran)
  • 999 (kecemasan polis)
  • 1777 (ambulans bukan kecemasan)
  • 71999 (SMS kecemasan polis)

Pakaian untuk dipakai

J: Ia cerah dan lembap sepanjang tahun, dengan suhu dari 30-32 C (86-90 F) pada siang hari. Pakaian kasual untuk cuaca panas diterima secara meluas - biasanya seluar pendek, skirt, baju lengan pendek dan selipar. Hujan pada bulan Ogos adalah perkara biasa, jadi digalakkan untuk membawa pakaian ringan dan payung. Anda mungkin mahu memakai beberapa bentuk sunblock untuk muka atau lengan anda. Pergerakan daripada kawasan luar yang panas dan lembap ke ruang dalaman berhawa dingin yang sejuk boleh membingungkan, jadi selendang atau baju sejuk bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk dibawa. Terdapat tempat tertentu, seperti kelab atau santapan mewah yang mungkin mempunyai kod pakaian seperti seluar panjang.

Kad SIM

Seorang pelancong boleh membeli kad SIM (Subscriber Identification Module) di Lapangan Terbang Changi Singapura, SUntec City Mall dan pelbagai kedai kemudahan 24/7 di Singapura. Mereka mesti menunjukkan pasport untuk mendaftar. Telco termasuk Singtel, Starhub, M1, Simba (sebelumnya TPG).

Pernukaran mata wang

Pelancong boleh menukar nota bank di Lapangan Terbang Changi Singapura, Suntec City Mall dan beberapa pusat pertukaran wang seperti di The Arcade Mall, Collyer Quay (pos kod 049317). Nota bank biasa yang boleh diterima termasuk:

  • Australian Dollar (AUD)
  • Canadian Dollar (CAD)
  • Chinese Renminbi (CNH)
  • Danish Kroner (DKK)
  • Euro (EUR)
  • Hong Kong Dollar (HKD)
  • Indian Rupee (INR)
  • Indonesian Rupiah (IDR)
  • Japanese Yen (JPY)
  • Korean Won (KRW)
  • Malaysian Ringgit (MYR)
  • New Taiwan Dollar (TWD)
  • New Zealand Dollar (NZD)
  • Norwegian Kroner (NOK)
  • Philippine Peso (PHP)
  • Qatar Riyal (QAR)
  • Saudi Arabia Riyal (SAR)
  • Swedish Kroner (SEK)
  • Swiss Franc (CHF)
  • Thai Baht (THB)
  • UAE Dirham (AED)
  • UK Pound Sterling (GBP)
  • US Dollar (USD)
  • Vietnamese Dong (VND)